Tuesday, November 2, 2010

PANDUAN MENANAM TERUNG

PANDUAN MENANAM TERUNG

PENANAMAN
Di Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 in). Sediakan batas berukuran 1.2 m ( 48 in) lebar dan 22- 30 cm (9-12 in) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in).

Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi ( 500 kaki persegi).
Dalam Pasu atau Bekas
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian
pasir. Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.
MENYEDIA ANAK BENIH
Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm ( 18 in) panjang, 22 cm (9 in) lebar dan 10 cm (4 in)
tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput
atau compos dan 1 bahagian pasir. Semai 3 g biji benih kedalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih
dengan lapisan nipis tanah. Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 in) dan 2 cm (1 in) antara benih. Siram dengan
penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air
hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang,
dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.
MENANAM
Di Ladang
Anak benih yang berumur 3 hingga 4 minggu boleh di ubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak
semaian supaya anak benih senang di gali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke
batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 in) antara pokok dan 60 cm antara baris.
Dalam Pasu atau Bekas
Tanam terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm ( 1 in). Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas
menanam.
PENJAGAAN
Menyiram
Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Membaja
Di Ladang
Tabur baja NPK 12:12:17:2 di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu.
Dalam Pasu atau Bekas
Tabur 1 sudu teh atu 5 g baja NPK 12:12:17:2 sepasu di keliling pokok setiap minggu.
Sungkupan
Di Ladang
Gunakan kepingan plastik atau rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
Dalam Pasu atau Bekas
Gunakan rumput-rumput kerung atau sabut kelapa.
Merumput
Bersihkan batas-batas daripada rumput rumpai dengan menggunakan tangan, cangkul atau tajak.
Menyedia Sokongan
Di Ladang
Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1 ½ meter ( 5 kaki) dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan
pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.
Dalam Pasu atau Bekas
Cara sokongan yang di amalkan adalah sama dengan sokongan yang dibuat di ladang tetapi kayu yang digunakan
berukuran 1.2 m ( 4 kaki ) panjang.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Sembur racum serangga carbaryl (Sevin pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air ) untuk mengawal ulat lipas
daun, kumbang daun dan pengorek buah.
Gunakan racun kulat maneb ( seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal
penyakit reput buah dan racun kulat benomyl ( seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air) untuk
mengawal bintik daun.
MEMUNGUT HASIL
Di Ladang
Mulalah memetik buah 6 minggu selepas mengubah. Pungutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil ialah
sebanyak 75 – 125 kg bagi 50 meter persegi. Denagn harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM 45 –
RM 75.
Dalam Pasu atau Bekas
Mulalah memetik buah 10 minggu selepas menanam. Anggaran hasil adalah 1 kg/pokok.